Rabu, 27 Oktober 2010

REMPAH KAMPUNG UNTUK MASAKAN

BAHAN-BAHAN YG DIGUNAKAN UNTUK MENGADUN REMPAH

REMPAH KAMPUNG YG DIADUN 100% MENGUKAN REMPAH TANPA BAHAN PENGAWET

 BOOTH DI INDUSTRI ASAS TANI DI KOTA FESYEN MELAKA

         TERDAPAT 2 JENIS REMPAH ASLI,PEDAS







REMPAH ASLI
Rempah kampung ini sesuai digunakan untuk memasak masakan seperti:
-soto
-sup berempah
-ayam goreng berempah
-untuk memepar bahan bbq
-asam pedas


REMPAS PEDAS
Rempah kampung ini sesuai digunakan untuk memasak masakan seperti:
-kari 
-ayam goreng berempah 
-acar 

BAHAN-BAHANNYA:
ketumbar
lada hitam 
jintan manis
jintan putih


HARGA
REMPAH ASLI RM4.50
REMPAH PEDAS RM5.00

UNTUK TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI NOMBOR 019-6512611
 

Ahad, 24 Oktober 2010

PASAR MALAM

Sebelum ni aku ada bukak kedai makan yang aku dan asben usakan bersama.kedai tu kami dah bukak lebih kurang 2thn lebih jugak .disebabkan kami mempunyai berbagai masalah yg tidak dapat dielakkan kami terpaksa menjual kedai itu dan membuat bisnes lain.bisnes tu berniaga di pasar malam.EEEMMMMbila di pikirkan balik lagi bagus niaga pasar malam x payah nak pakai pekeja ramai2.Ni lah sebab musabab aku terpaksa jual kedai .dekat setahun jugak aku runing kat kedai berdua je ngan my asben.penat nye tuhan je yg tau.tp ade jugaklah kadang2 tu part time.tapi manelah nak boleh arapkan sangat part time bila diaorang rase nak datang diaorang datanglah bila dah dapat gaji batang idung pun x nampak.jadi terpaksalah aku ngan asben je yg runing kedai.jadi kami buat keputusan untuk jual kedai 2.alhamdulilah dah ada orang beli.mula2tu ramai jugak yg kata nak beli last2tak jadi.frust jugak le asben aku 2.sekarang ni dah ade org beli dah duit pun dah bayar setengah.dapatlah jugak gunakan duit tu bayar ape yang patut.orang yg beli kedai 2 pun pulak suruh my asben buat consaltan untuk kedai yg dia beli 2.alhamdulilah rezeki jangan di tolak.asben aku kan dulu dia chef kat hotel jadi dia pandailah dalam bab-bab cam ni lagi pun asben aku memang suke buat keje ni.sekarang ni dia tengah sibuk buat keje consalten dia lah tu
ukiran nie my asben yg buat dia memang kreatif

nampak x tunggul kayu yg besandar kat ting tu.tu akar pokok bakau my asben yg cari tunggul 2.tp tunggul tu dah hilang tak taulah sape dah rembat .berat tu tunggul tu kalau sorang angkat mane boleh.ralat betul rase .


Nilah gambar kedai aku .sekarang tinggal kenangan jelah.

Sabtu, 23 Oktober 2010

SERONOKNYE

setelah sekian lama mencari cara untuk mencantikkan blog ni akhir dapat jugek.EEEEEEE.....seronok sangat hati nie.barulah rasa best sikit bila nak tengok blog.selalunye bila tengok blog kawan2 lain cantik jeles betul hati ni akhirnya aku pun dapat jugek.walaupun x secantik mane tp puas jugaklah hati ni.lepas ni bolehlah selalu mencurah rasa kat sini selalu.

Jumaat, 22 Oktober 2010

HARI INI

barulah rase lega sikit tekak ni kalau x rasa macam berduri je.batuk macam nak tercabut anak tekak aku.seminggu jugek aku batuk .anak dara ibu yg sorang tu pun sama batuk ngan selesema.ari nie dia tak gi main kalau x tak sabar2 nak pegi main ngan kawan2 die.siap tanye kat ibu dah pukul berapa sekarang nie.kesian tengek dia kalau demam.semalam aku pun demam jadi yang jadi mangsanye untuk jaga anak sape lagi kalau bukan my lovely asben.baba lah.tadi baba dah kemas bilik belakang untuk aku senang nak buat projek aku.ape lagi kalu bukan projek pastry ku.sejak 2 menjak ni makin rajin pulak aku.almaklumlah tengah rehat kat rumahlah kata kan sekarang ni.tengah tak sihat ni tergendalah projek aku nak buat cheese cake.tengoklah besok ke.kalau dah buat nanti aku letak gambar kat sini.ok dadadd

Khamis, 21 Oktober 2010

DARI DARUR KU.

Kek chocolate fudge w choc coating

RESEPI

Bahan-bahannya
225gm tepung
150gm marjerin/mentega
50gm serbuk koko
3bj telur
11/3cwn gula halus
1/2 cwn susu segar
2sudu teh serbuk penaik


cara-caranya

1)pukul mentega dan gula hingga kembang.

2)masukan telur sebiji demi sebiji.

3)masukkan bahan-bahan kering (tepung,serbuk penaik dan serbuk koko)berselang-seli susu segar,kacau hingga sebati

4)masukkan kedalam loyang dan bakar selama 35minit suhu 180c.

5)setelah masak tunggu sehingga kek sejuk baru dikeluarkan.kalau keluarkan masa panas nanti kek akan melekat pd loyang.

Chocolate coating

bahan-bahan

cooking chocolate
susu segar
sedikit marjerin/ mentega

cara-caranya
1)cairkan chocolate cara double boiler.setelah chocolate cair masukkan susu sedikit 2 dan marjerin.kacau sampai semuanya sebati.tutupkan api.

2)tuangkan keatas kek .simpan kek dalam peti sejuk supaya choc tadi keras.